SK TOK RANDOK

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke 9

Bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tok Randok, telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke 9 yang dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada 11dan 12hb Julai 2012. Kejohanan sukan ini telah dirasmikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Tok Randok iaitu En. Mohd Bin Ismail manakala majlis penutup pula dirasmikan oleh En Abdul Rahman Bakar dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Dengan komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh semua warga sekolah, kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTR yang terlibat. Banyak acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut antaranya adalah isi air dalam botol, lari ikat kaki, lari dalam guni, rebut gula-gula untuk kanak- kanak pra dan yang paling mendapat sambutan adalah acara olahraga. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang hadir, mereka turut diberi peluang untuk menyertai pertandingan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang memenangi hadiah.

 

 

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia ini telah diadakan pada 10hb Julai 2012 yang dilakukan secara serentak di semua sekolah. Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh guru besar, semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Program ini sangat bermanfaat kerana dengan adanya program ini ia dapat menggalakkan para pelajar untuk bersukan di samping dapat menyihatkan tubuh badan.

Pengumuman

Pihak TOP IT Industries dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) telah bersetuju untuk mengadakan bulan "Kuiz TScore".

Pertandingan ini akan bermula pada 1 haribulan setiap bulan dan akan berakhir pada 25 haribulan pada setiap bulan. Senarai nama pemenang dan sekolah akan dimaklumkan pada 27 haribulan dan majlis penyampai hadiah akan diadakan di sekolah. Pihak TOP IT akan ke sekolah tersebut untuk sesi penyampaian hadiah.

Sila klik untuk maklumat lanjut

TScore-Online tutorial: Pengumuman Kepada Semua Murid Murid

Untuk pengetahuan murid murid, pendaftaran TScore untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6 sedang dalam proses. Pelajar boleh menyertai pertandingan ini setelah diberikan id masing masing. 

Sesi Bergambar Tahun 2012

Bermula tahun ini, SK Tok Randok akan mengadakan satu sesi bergambar antara pelajar dan guru kelas masing masing beserta dengan guru besar dan penolong kanan 1. Untuk tahun ini, sesi bergambar telah diadakan selepas perhimpunan pagi Hari Ahad dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada guru dan murid. Dengan adanya gambar ini, ia dapat dijadikan satu kenangan kepada para pelajar semasa belajar di Sk Tok Randok apabila mereka dewasa kelak.

 

Blog rasmi unit pengurusan Maklumat & ICT PPD Hulu Terengganu untuk rujukan

http://unitictppdht.blogspot.com/

Majlis Pelancaran Minggu PPDa Peringkat Sekolah

Pada tanggal 19 Feb 2012, semua sekolah diminta mengadakan satu majlis pelancaran minggu PPDa di peringkat sekolah semasa perhimpunan. Di SK Tok Randok, majlis ini telah dilancarkan oleh Guru Besar, Encik Mohd bin Ismail. Semua guru dan murid melafazkan satu ikrar bagi menghapuskan penyalahgunaan dadah. Sepanjang pelancaran ini, pelbagai aktiviti program akan diadakan sepanjang minggu ini bagi membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar. Antaranya ialah melukis poster, pameran, ceramah dan sebagainya.

 

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan maulidur Rasul pada tahun ini disambut dengan sederhana. Semua murid berarak ke kawasan Perumahan Kg Tok Randok dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Ustaz Abdul Aziz dari Pondok Darul Iman, Pelandang. Antara aktiviti yang diadakan ialah mewarna & melukis poster, nasyid dan laungan  azan.

Selamat Datang Guru Besar Baru

Majlis sambutan secara sederhana diadakan di SKTR bagi meraikan kedatangan Guru Besar yang Baharu di SKTR iaitu En Mohd bin Ismail. Beliau yg sebelum ini bertugas di SK Cheting diiringi oleh guru-guru SK Cheting datang ke SK Tok Randok bagi memulakan tugas rasminya sebagai Guru Besar SKTR. Kami warga SKTR mengucapkan "Selamat Datang Ke SKTR" kepada Cikgu Mohd bin Ismail.

Majlis Perpisahan Guru Besar

Majlis Perpisahan peringkat sekolah berlangsung sempena pertukaran En. Alias bin Said, Guru Besar SKTR ke SK Chendering. Majlis dipengerusikan oleh Che Azmai bin Talib. Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Muhammad Danial bin Nordin, Ketua Murid 2012 diikuti oleh ucapan wakil Guru KAFA, dan wakil Guru SKTR iaitu En. Lakowi bin Abd Rashid. Ucapan Guru Besar banyak menyentuh tentang anak didiknya agar menjadi seorang manusia yang berguna dan cemerlang pada satu hari nanti.
Guru Besar, En. Alias bin Said merupakan guru besar yang pertama di SKTR semenjak pembukaannya pada tahun 2002. Selama menjadi guru besar lebih daripada 10 tahun, banyak kenangan manis, suka dan duka dikongsi bersama dengan SKTR ini sehingga menjadikan SKTR salah sebuah sekolah yang terkenal dimata masyarakat. Selepas penyampaian hadiah dan cenderamata, semua warga SKTR beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan beliau buat kali terakhir. Suasana kesedihan menyelubungi pemergian beliau yang akan bertugas di sekolah baru iaitu SK Chendering.
Kami warga SKTR mengucapkan 'Salam Perpisahan' dan 'Selamat Bertugas'.

 

Jumlah Pelawat

Jam


Akhbar Tempatan


Sistem Talian