SK TOK RANDOK

BERITA 2009

MURID-MURID CEMERLANG UPSR 2009

 

Dari kiri: Anis Sabrina, Nur Nabila, Aina Najiha, Muhammad, Amirul Asyraf, Ahmad Hashib, Sapikah, Ummi Noorjuwairiah dan Wan Nur Ira Nadhira

Khamis, 19 Nov - Keputusan rasmi UPSR telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 19 Nov 2009. SK Tok Randok masih lagi mengekalkan kecemerlangan murid dalam pencapaian 5A dalam UPSR walaupun mengalami sedikit kemerosotan dari segi peratus 5A nya. Seramai 9 orang daripada 47 calon telah mendapat keputusan cemerlang dalam semua subjek. Semua murid yang cemerlang ini telah diumumkan oleh guru besar Encik Alias bin Said pada hari anugerah kecemerlangan SKTR kepada semua ibu bapa yang hadir.Nama murid-murid tersebut ialah Ahmad Hashib, Amirul Asyraf, Muhammad, Sapikah, Wan Nur Ira Nadhira, Anis Sabrina, Aina Najiha, Nur Nabela dan Ummi Noorjuwairiah. Tahniah kepada semua murid yang cemerlang agar mereka dapat mengekalkan kecemerlangannya semasa di sekolah menengah kelak.

Tarikh dikemaskini pada 20 Nov 2009

 

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKTR 2009

Khamis, 19 Nov - Hari anugerah kecemerlangan SKTR telah diadakan pada hari akhir penggal persekolahan bagi tahun 2009. Ini kerana guru besar, Encik Alias bin Said ingin mengumumkan kepada warga ibu bapa tentang keputusan UPSR yang akan diketahui pada hari itu juga. Sambutan hari anugerah kecemerlangan akademik disambut dengan meriah sekali. Hari anugerah ini adalah untuk meraikan dan menghargai kecemerlangan murid-murid SKTR dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Majlis itu dirasmikan oleh En. Azman bin Mohd Nor@Harun dari unit PPPD Pengurusan Kurikulum PPD Hulu Terengganu.

 Telah dikemaskini pada 19 Nov 2009


 

JAMUAN AKHIR TAHUN WARGA SKTR

 Rabu, 18 Nov - Jamuan akhir tahun warga SKTR telah diadakan di Paradise Deluxe Restaurant. Jamuan yang diadakan itu juga diraikan dalam suasana yang sederhana sahaja.

Telah dikemaskini pada 19 Nov 2009

 

LAWATAN BERMAKLUMAT MURID TAHUN 4 DAN 5

Rabu, 11 NOV - Pihak sekolah telah mengadakan satu lawatan bermaklumat khusus bagi murid-murid tahun 4 dan 5. Lawatan ini merupakan satu aktiviti selepas murid-murid selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah kem TUDM, Teluk Cempedak, dan bandar Kuantan. Pelbagai maklumat telah dikongsi bersama-sama dengan murid semasa melawat kem TUDM. Pihak kem TUDM telah menyambut kedatangan kami dengan mesra sekali. Ada dikalangan mereka mula berminat untuk menjadi tentera udara kerana telah mendapat banyak maklumat berkenaan dengan TUDM. Perkara yang paling menarik sekali ialah mereka sempat dihidangkan dengan aksi aerobatik daripada kalangan ahli juruterbang TUDM. Dengan itu, mereka dapat melihat dengan lebih dekat lagi berkenaan dengan TUDM. Diharap pengalaman ini akan menjadi satu perangsang kepada mereka supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.

 Telah dikemaskini pada  12 Nov 2009

 

LAWATAN WAKIL TM SMART SCHOOL KALI KE-2

Rabu, 18 NOV - Wakil dari TSS yang bernama Abdul Aa'la Haji Khalid telah mengadakan satu siri lawatan ke SKTR untuk memberi taklimat mengenai Change Management Module 1dan pengumuman aktiviti yang akan dijalankan disekolah. Lawatan ini juga diwakili oleh 2 orang pegawai PPDHT sempena penaikkan taraf SKTR sebagai sekolah bestari di luar bandar. Banyak info dan maklumat terkini yang didapati semasa sesi taklimat yang dibentangkan oleh Abdul Aa'la Haji Khalid. Apa yang menarik sekali ialah pertandingan penggunaan I-Kit semasa sesi pengajaran. Setiap sekolah hanya boleh mewakilkan 3 orang guru sahaja.

Telah dikemaskini pada 18 Nov 2009

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6

 

Khamis, 22 OKT - Pihak sekolah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar bagi murid-murid tahun 6 ke daerah Kuala Terengganu. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Nor Arfa Batik, Masjid Terapung, TER dan Mydin. Program ini bertujuan untuk mengisi waktu yang berfaedah bagi murid-murid tahun 6 selepas UPSR.Banyak ilmu yang dapat dikongsi oleh murid-murid tersebut. Pelbagai maklumat dan informasi dapat diketahui daripada lawatan ke lapangan terbang. Ini akan mendorong lagi murid-murid tersebut supaya belajar dengan bersungguh-sungguh kerana ada di antara mereka berminat untuk menjadi juruterbang. Pengalaman yang paling berharga sekali adalah dapat melihat sendiri peralatan di menara kawalan di lapangan terbang. Di Nur Arfa Batik, mereka dapat melihat bagaimana batik dihasilkan. Selain itu, mereka juga dapat merasai pengalaman bermain bowling semasa di TER. Antara aktiviti yang paling mereka gemari sekali adalah mandi di kolam renang. Akhir sekali, kami semua sempat membeli belah di Mydin Kuala Ibai sebelum bertolak pulang ke sekolah.

Telah dikemaskini pada 22 Okt 2009

 

 

LAWATAN TM SMART SCHOOL KE SKTR

Rabu, 14 Okt - Satu lawatan TM Smart School bersama-sama dengan pegawai JPNT iaitu En. Ramlee bin Mat Rani dari unit ICT telah datang ke SKTR. Lawatan tersebut adalah bagi membantu dan juga memantau penggunaan ICT. Walaupun lawatan tersebut tanpa kehadiran Guru Besar yang sedang bercuti, namun segala kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah dapat membantu dari segi peralatan ICT sekolah. Banyak idea dan segala komen yang membina dari pihak jabatan telah diberikan kepada pihak sekolah yang telah dinaiktaraf menjadi sekolah bestari.

Kemaskini pada 14 Okt 2009

 

 KEM MOTIVASI UPSR 2009

JUMAAT, 26 Jun 2009 - Seramai 45 pelajar tahun 6 telah menyertai Kem Motivasi UPSR bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang, Terengganu. Kem ini bermula pada hari Rabu, 24 Jun hingga hari Jumaat, 26 Jun 2009. Menurut penyelaras program En.Azmi bin Mohamad Diah, program ini dirancang sebagai satu usaha untuk memantapkan diri murid dari segi jasmani, rohani, emosi dan sahsiah pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam itu antaranya Ice-breaking, ceramah, sukaneka dan sesi refleksi. Tuan guru besar, En. Alias bin Said juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan pelajar-pelajar ini dalam slot ceramah beliau di dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Beliau telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada seluruh warga SKTR yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

PENERIMAAN E-BOOK MURID TAHUN 5

RABU, 24 Jun 2009 – Semua murid tahun 5 SK Tok Randok telah menerima e-book masing-masing pada hari Isnin baru-baru ini.  Majlis penyampaian e-book ini disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad bin Said bertempat di SK Ajil, Hulu Terengganu. Semua murid diiringi oleh penjaga masing-masing. Mereka semua amat gembira sekali apabila menerima e-book ini. Dengan adanya e-book ini, mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bersemangat lagi dengan menggunakan pengintegrasian ICT.
 
 
TAKLIMAT I-KIT DARIPADA WAKIL M-DEC

 

 

SELASA, 16 Jun 2009 – SK Tok Randok telah didatangi oleh wakil dari MDEC untuk memberi penerangan berkenaan I-Kit sempena pembestarian sekolah luar bandar. Wakil  tersebut yang bernama William telah memberikan penerangan yang mendalam tentang I-Kit kepada semua guru SK Tok Randok. Turut hadir ialah ketua PKG Kuala Berang iaitu En. Marzilaini bin Muhamad.

            Semua guru menunjukkan minat terhadap ICT apabila En. William memberikan penerangan yang berguna tentang I-Kit ini.Penerangan secara panjang lebar itu mengambil masa hampir satu jam. Guru-guru didedahkan tentang cara-cara penggunaan I-Kit ini yang mana boleh menarik minat murid dalam sesi P & P.

           Tuan Guru Besar juga menunjukkan minat tentang kecanggihan teknologi ICT ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil MDEC tersebut kerana sudi meluangkan masa memberikan info-info yang berguna kepada semua guru SK Tok Randok sempena pembestarian sekolah luar bandar.

 

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PERPUSTAKAAN

 

AHAD, 24 Mei 2009 - Kursus Kepimpinan Pengawas SK Tok Randok telah di adakan pada 21 - 23 Mei 2009 bertempat di Semarak Aruni Inn, Kelulut, Marang. Kursus ini adalah untuk memberi motivasi kepada semua pengawas sekolah agar dapat melakukan tugas dengan lebih bertanggung jawab.

            Pelbagai aktiviti telah dijalankan kepada semua pengawas SKTR. Antaranya ceramah motivasi, muhasabah diri, membentuk disiplin diri, sukaneka dan lain-lain lagi. Pada sesi muhasabah diri, pihak sekolah telah menjemput Ustaz Mohd Ridhwan bin Omar dari SK Tengkawang. Di sini murid-murid didedahkan dengan aktiviti kerohanian agar dapat memantapkan lagi disiplin diri masing-masing.

         Pihak sekolah juga turut menjemput En. Afandi bin Abdul Ghani dari PPD Hulu Terengganu. Pada sesi ini, semua pengawas didedahkan ciri-ciri untuk menjadi pengawas yang mempunyai kepimpinan.

         Selain itu, aktiviti yang mencabar fizikal mereka ialah aktiviti 'membentuk disiplin diri'. Semua peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai seorang ketua. Semua pengawas kecuali ketua kumpulan dikehendaki menutup mata masing-masing. Mereka dikehendaki mengikut arahan yang diberikan oleh ketua setiap kumpulan.

         Pada sebelah petangnya pula diadakan aktiviti sukaneka. Pelbagai acara sukaneka diadakan bagi menghilangkan stress sehari suntuk mereka di sini. Setiap kumpulan dikehendaki bekerjasama untuk mendapatkan kemenangan kumpulan masing-masing.

         Tidak lupa juga kepada tuan guru besar, En. Alias bin Said yang turut menyumbangkan tenaga dan masanya memberikan ceramah motivasi beliau yang bertajuk "Disiplin". Semua pengawas amat berminat sekali mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh guru besar. Ini kerana ada unsur-unsur jenaka yang diselitkan oleh guru besar bagi menarik minat peserta mendengar motivasinya.

         Upacara perasmian penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPDHT iaitu En. Khalid bin Mustapa. Beliau menyarakan agar motivasi yang seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

         Apa yang didapati adalah, setiap pengawas sudah mempunyai keyakinan diri untuk menjadi pemimpin di sekolah nanti. Pihak sekolah mengharapkan agar kursus ini dapat memberikan satu input yang berguna kepada semua pengawas sekolah.

 

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

ISNIN, 18 Mei 2009 - SK Tok Randok telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 17 Mei 2009. Semua sekolah di negeri Terengganu dikehendaki mengadakan sambutan hari guru pada hari tersebut. Acara tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi yang dimulakan dengan perhimpunan pagi. Manakala sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada tahun ini di adakan di Terengganu bertempat di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

         Di SK Tok Randok, acara sambutan di adakan secara sederhana sahaja. Namun begitu, ianya memberikan satu pengalaman yang berguna kepada semua guru. Pelbagai aktiviti sambutan di adakan. Antaranya ialah sukaneka dan acara pentas.

         Walau pun tanpa kehadiran Guru Besar, acara sambutan dapat dijalankan seperti biasa. Namun aktiviti yang di adakan kurang meriah sedikit tanpa kehadiran beliau. Semua guru dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mereka berkerjasama menjalankan aktiviti sukaneka. Mereka berlumba-lumba untuk memenangi acara yang disertainya. Para hakim pula dilantik dari kalangan murid-murid SKTR.

         Selepas rehat, aktiviti acara dewan pula di adakan. Setiap kumpulan menampilkan persembahan yang mengagumkan. Rata-ratanya, semua guru berbakat dalam acara pentas yang disertainya.

         Murid-murid juga tidak ketinggalan menyampaikan acara mereka. Ummi Norjuwairiah dari kelas 6 Intelek telah menyampaikan sebuah sajak yang dituju khas kepada semua guru sempena hari guru. Manakala, rakan-rakannya pula telah menyampaikan sebuah persembahan boria hari guru.

 

LAWATAN MDeC KE SKTR

Sedutan dari Portal PKG Huluonline

 

ISNIN, 20 April 2009 - SK Tok Randok, Ajil Terengganu adalah merupakan antara 15 buah sekolah terpilih untuk Fasa 1 Pembestarian Sekolah.  Berdasarkan indikator SSQS yang telah dibuat, SK Tok Randok telah mencapai tahap minima 3 bintang bagi penarafan bintang Sekolah Bestari.

Justeru itu, pegawai MDEC telah berkunjung ke sekolah ini bagi tujuan menyampaikan taklimat berkenaan pemilihan ini. SK Tok Randok akan menuju kepada sekolah Bestari Luar Bandar dimana cabaran diberi untuk dicapai pada tahun 2010.  Turut hadir pegawai JPN Terengganu, PPD Hulu Terengganu, BTP dan BTPN Terengganu serta PKG Daerah Hulu Terengganu. Semoga sekolah ini akan menyahut seruan mencapai taraf 5 bintang menjelang 2010.

 

BERITA 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Khamis, 11 Nov - SK Tok Randok telah mencatat sejarah dalam kecemerlangan UPSR 2010. Seramai 18 murid telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini dan berjaya melepasi target sekolah seramai 10 orang manakala 4A1B seramai 4 orang. Dengan keputusan yang cemerlang ini, SK Tok Randok berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai-senarai sekolah di daerah Hulu Terengganu. Manakala diperingkat negeri pula, SK Tok Randok sekali lagi berjaya menduduki tempat kelima di mana pada tahun 2007 SKTR telah pun berjaya meduduki tempat kelima di peringkat negeri. Keputusan straight A melonjak kepada 46.15% berbanding dengan tahun lepas. Menurut Guru Besar, Alias bin Said, beliau merasa bersyukur kerana pencapaian yang cemerlang murid UPSR pada tahun ini. Ini kerana komitmen semua guru-guru, PIBG dan juga ibu bapa yang memberikan kerjasama di dalam program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Dengan keputusan yang ini menunjukkan bahawa, sekolah luar bandar pun boleh berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

 

 LAWATAN TSS KALI KELIMA

 

Khamis, 24 Mei - Satu lawatan pegawai TM Smart School yang bernama En. Abdul A'ala telah datang ke SKTR untuk kali yang kelima. Kehadiran beliau adalah untuk melihat dan menilai pertandingan sesi P&P guru iaitu Cikgu Azmi bin Mohd Diah yang telah berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan I-Kit. Dalam pada itu juga, beliau juga akan menilai seorang lagi guru iaitu Cikgu Rozilah bt A Rashid dalam sesi P&P yang menggunakan peralatan ICT Panasonic Panaboard bagi subjek Sains. Kehadiran pegawai berkenaan pada kali ini juga adalah untuk membentangkan 'Change Management Module 6". Di samping itu, En. A'ala ingin mengetahui status penggunaan peralatan ICT dan juga aktiviti briged bestari. Perjumpaan dengan juruteknik sekolah juga turut diadakan bagi membincangkan masalah-masalah yang terdapat di SKTR.

(Lagi gambar dalam Photo Gallery)...

 

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Ahad, 16 Mei - Tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru yang diadakan pada setiap tahun. Tahun ini, negeri Pahang menjadi tuan rumah bagi sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Sambutan yang diadakan di peringkat sekolah juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai aktiviti yang menarik untuk para guru turut diadakan. Sambutan yang diadakan pada tahun ini amat meriah sekali dengan gelagat para guru yang menyertai aktiviti yang diadakan.

 

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DI PULAU REDANG

Isnin, 10 Mei - Perkhemahan Badan Beruniform SK Tok Randok pada tahun ini telah diadakan di Pusat Kokurikulum Pulau Redang pada 6 hingga 8 Mei 2010. Seramai 52 orang murid dan beberapa orang guru telah menyertai perkhemahan yang julung-julung kali diadakan di Pulau Redang. Semua guru dan murid dapat pengalaman yang berharga dalam menyertai aktiviti perkhemahan ini.

 

LAWATAN PEGAWAI PPDHT KE SKTR

 

Rabu, 28 April - Satu lawatan dari Tuan Pegawai PPD, En.Shafruddin bin Hj Ali Hussin telah datang ke SK Tok Randok. Kedatangan beliau amat dialu-alukan oleh semua warga sekolah. Lawatan beliau pada hari ini adalah untuk memberi serba sedikit taklimat ringkas berkenaan akademik dan juga kokurikulum. SK Tok Randok merupakan salah sebuah sekolah harapan bagi daerah Hulu Terengganu dalam pencapaian straight A dalam peperiksaan UPSR 2010. Justeru, semua guru telah diberikan satu taklimat ringkas berkenaan dengan pencapaian akademik dan juga kokurikulum bagi daerah Hulu Terengganu.

 

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTR KALI KE-7

Sabtu, 27 Mac - PIBG SK Tok Randok pagi tadi telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya buat kali ketujuh. Masyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid yang merupakan ADUN Kawasan Ajil, Hulu Terengganu. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah didedahkan dengan pelbagai info terkini yang disampaikan oleh En. Alias bin Said Guru Besar SK Tok Randok, YDP PIBG sebelum ucapan perasmian oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid. Di samping itu juga, penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang 2009 turut disampaikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid bagi membakar semangat ibu bapa yang hadir dalam mencapai kecemerlangan anak-anak mereka semasa di SKTR. Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG SKTR sesi 2010/2011 beberapa muka baru telah dipilih selain beberapa muka lama yang masih kekal termasuk YDP PIBG yang mengekalkan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut. Pada mesyuarat itu dua usul telah disampaikan dan berjaya mencapai kata sepakat bersama para ibu bapa dan juga guru.

 

LAWATAN PEGAWAI TSS KALI KETIGA

Selasa, 23 Mac -  Satu lawatan pegawai TM Smart School yang bernama En. Abdul A'ala bersama-sama dengan pegawai PPD, En. Jamaluddin dari unit ICT telah datang ke SKTR untuk kali yang ketiga. Kehadiran mereka adalah untuk melihat dan menilai pertandingan sesi P&P seorang lagi guru yang mengajar menggunakan I-Kit. Guru yang akan dinilai pada sesi kali ini ialah En. Azmi bin Mohd Diah bagi subjek Bahasa Melayu. Kehadiran pegawai berkenaan pada kali ini juga adalah untuk membentangkan 'Change Management Module" di mana pelbagai aktiviti bestari terdapat dalam modul tersebut. Di samping itu, En. A'ala juga mengumumkan bahawa satu pertandingan laman web antara sekolah-sekolah bestari luar bandar juga turut diadakan.

 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Ahad, 7 Mac - Sambutan maulidur rasul ini disambut pada setiap tahun di SKTR. Seperti biasa, bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dibacakan secara beramai-ramai termasuk juga guru yang diketuai oleh Cikgu Hasnu. Pada kali ini juga, penceramah jemputan turut diundang bagi menyampaikan ceramah sempena sambutan maulidur rasul ini. Banyak input-input yang berguna berjaya disampaikan oleh beliau dan amat menarik minat murid-murid sekolah untuk mengikutinya. Selepas itu, turut diadakan acara dewan seperti pertandingan melaungkan azan, bercerita, dan nasyid. 

OLAHRAGA SKTR 2010

Rabu, 24 Feb - Olahraga SKTR telah di adakan bermula pada 22 hingga 24 Februari. Sambutan yang diadakan pada kali ini amat meriah sekali. Ibu bapa juga turut hadir untuk memberi galakan kepada anak-anak mereka. Ramai murid daripada sekolah ini telah berjaya menunjukkan bakat masing-masing semasa acara dijalankan. Acara untuk para jemputan dan juga ibu bapa turut diadakan dan sambutannya amat menggalakkan. Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh wakil pegawai PPDHT iaitu Wan Azahari. Johan keseluruhan pada tahun ini masih lagi dimenangi oleh rumah Biru.

CALON TARGET 5A UPSR 2010

 Barisan belakang - Dari kiri: Siti Aisyah, Faten Nabila, Anis Wajihah, Nur Rasyidah,Alias B. Said (Guru Besar), Nur Syahirah, Sarah Atiqah, Sarah Ilyanie

Barisan Depan - Wan Mohd Hafiz, Mohd Syauqi, dan Azizi Naim

 

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENGEJA TAHUN 1

 

Ahad, 21 Feb - Di bawah panitia Bahasa Melayu, satu pertandingan mengeja telah diadakan pada minggu lepas semasa p & p di dalam kelas. Tempat pertama ialah Nur Amira Aqilah bt Mohd Asri. Pemenang kedua ialah Nurul Hidayah bt Zulkifli. Manakala tempat ketiga ialah Nur Naily Ashikin bt Othman.

PENGANUGERAHAN CALON TARGET 5A UPSR 2010

Ahad, 21 Feb - Satu majlis penganugerahan calon target 5A UPSR telah dijalankan semasa perhimpunan sekolah. Penganugerahan ini diberikan kepada calon-calon UPSR yang telah ditarget 5A oleh pihak sekolah. Ini sebenarnya adalah pembakar semangat dan motivasi kepada calon-calon tersebut dan juga kepada murid-murid yang lain agar meningkatkan lagi potensi pembelajaran mereka.

Dikemaskini pada 21 Feb 2010

 

LAWATAN PEGAWAI TSS KALI KEDUA

Khamis, 11 Feb -  Satu lawatan pegawai TM Smart School yang bernama En. Abdul A'ala bersama-sama dengan pegawai JPNT iaitu En. Ramlee bin Mat Rani dari unit ICT telah datang ke SKTR untuk kali yang kedua. Kehadiran mereka adalah untuk melihat dan menilai pertandingan sesi P&P seorang guru yang mengajar menggunakan I-Kit. Guru yang akan dinilai pada sesi kali ini ialah En. Rosmady bin Mohamed bagi subjek Bahasa Inggeris. Kehadiran pegawai berkenaan pada kali ini juga adalah untuk memperkemaskan lagi program-program sekolah bestari yang akan berjalan pada sesi 2010 ini.

Telah dikemaskini pada 11 Feb 2010

 

JAMUAN PERPISAHAN

Khamis, 4 Feb - Satu jamuan perpisahan penolong pembantu tadbir SKTR telah diadakan bagi meraikan pertukarannya ke SMKA Sheikh Abdul Malik. Dalam pada itu, turut diraikan adalah bekas ustazah SKTR sesi 2009 iaitu Pn. Noraini bt Harun yang telah bertukar ke SK Kemat pada tahun 2010. Segala jasa kalian akan diingati selalu.

Telah dikemaskini pada 4 Feb 2010

 

LAWATAN PEGAWAI TSS KALI PERTAMA

Khamis, 21 Jan - Satu lawatan pegawai TM Smart School yang bernama En. Abdul A'ala bersama-sama dengan pegawai JPNT iaitu En. Ramlee bin Mat Rani dan Puan Nur Baizura dari unit ICT telah datang ke SKTR. Lawatan tersebut adalah bagi membantu dan juga memantau penggunaan ICT. Banyak idea dan segala komen yang membina dari pihak jabatan telah diberikan kepada pihak sekolah yang telah dinaiktaraf menjadi sekolah bestari. Kedatangan wakil TSS juga adalah untuk melihat dan menilai sesi P & P seorang guru yang mengajar menggunakan I-Kit. Ini kerana TSS telah menganjurkan satu pertandingan sesi P&P menggunakan I-Kit. Setiap sekolah bestari mesti mewakilkan 3 orang guru bagi memasuki pertandingan tersebut. Guru yang dinilai pada hari tersebut ialah En. Samery bin Jusoh bagi subjek Matematik.

 

Jumlah Pelawat

Jam


Akhbar Tempatan


Sistem Talian