SK TOK RANDOK

Sejarah Sekolah

 

Sekolah Kebangsaan Tok Randok (SKTR) ditubuhkan pada 01 Jun 2002 yang didirikan kerajaan dengan keluasan tanah 4 hekta, di alamat 21800 Ajil, Hulu Terengganu. Terengganu Darul Iman. Terdiri dari seorang Guru Besar yang pertama bernama En. Alias bin Said, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan 5 orang Guru Penolong. Enrolmen pelajar seramai 129 orang (54 Lelaki dan 75 Perempuan) yang terdiri dari sebahagian dari murid sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil. Hulu Terengganu. Pada ketika itu semua pelajar berkenaan masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman sementara sekolah ini beroperasi sepenuhnya.

Beroperasi sepenuhnya pada 01 November 2002, dengan pertambahan seramai 11 orang lagi Guru Penolong termasuk 3 orang Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum lantikan sekolah. dan pertambahan enrolmen pelajar seramai 84 orang (41 Lelaki dan 43 Perempuan) dari sekolah yang berhampiran yang lain iaitu Sekolah Kengsaan Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu.

 

Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Tok Randok (SKTR)

 Kod Sekolah
 TBA5050
 Sekolah Gred B
 Bilangan Guru
 27 orang (termasuk 3 guru J-QAF)
 Bilangan Kakitangan Sokongan
 5 orang
 Bilangan Kelas
 13 kelas (termasuk Prasekolah)
 Enrolmen Murid
 284orang (termasuk Prasekolah)
 Lokasi Sekolah
 Luar bandar (35 km dari JPNT dan 15 km dari PPDHT)
 Sesi Sekolah
 1 sesi (pagi sahaja)

 

 

 

Jumlah Pelawat

Jam


Akhbar Tempatan


Sistem Talian